SEJARAH SEKOLAH KELAS PENDIDIKAN KHAS ( SK SATU SULTAN ALAM SHAH )

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGERASI
      
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Masalah Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah telah berjaya diwujudkan pada bulan Januari 1996 di bawah pengurusan Pn. Poh Heng yang menjadi penyelaras Pendidikan Khas pada masa itu. Pada tahun 2004 En Abd Rahman bin Ramly telah menjadi penyelaras dan pada tahun 2008 beliau menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Satu Sultan Alam Shah.
Program PPKI ini memberi fokus mendidik kanak-kanak istimewa yang tidak mencapai tahap pertumbuhan yang sempurna seperti kanak-kanak biasa. Kadar pertumbuhan fizikal yang perlahan dan perkembangan mental  yang tidak selari dengan murid normal yang lain yang tidak membenarkan mereka mengikuti    pembelajaran di aliran perdana seperti murid-murid yang lain.
Pada peringkat permulaan penubuhan PPKI ini, hanya seorang murid yang didaftarkan       sehinggalah ia bertambah dari tahun ke tahun, seterusnya berkembang  maju sehingga ke hari ini. Seramai 50 orang murid telah mendaftar di PPKI SK Satu Sultan Alam Shah pada tahun 2017 di bawah pentadbiran En Zulkifli bin Noordin Guru Besar SK Satu Sultan Alam Shah. Antara kategori yang terdapat di PPKI SK Satu Sultan Alam Shah ialah autism, “slow leaner” , ‘sindrom down’ , hiperaktif ADHD, serebal palsi dan kecacatan pelbagai. Dengan adanya Program PPKI ini, kanak-kanak istimewa ini diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran mengikut kemampuan masing-masing dengan kaedah pembelajaran yang pelbagai tanpa mementingkan perubahan masa.

Kelas Pendidikan Khas SK Satu Sultan Alam Shah adalah sangat aktif dengan segala penglibatan anjuran peringkat daerah mahu pun peringkat negeri. Selama 2 tahun berturut-turut PPKI Sk Satu Sultan Alam Shah telah dianugerahkan Pengurusan Pendidikan Khas Terbaik peringkat Daerah Petaling Utama tahun 2015 dan 2016.

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)