Perkhemahan Pengakap di Kem Seri Gambut, Tanjung Karang
Alhamdulillah, perkhemahan pengakap PPKI SKSAS peringkat sekolah telah selamat dilaksanakan dengan jaya yang telah diadakan di Pusat Koko Kem Seri Gambut, Tanjung Karang. Perkhemahan pengakap ini telah dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 2 Oktober 2018 sehingga 4 Oktober 2018. Jom kita tengok aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut.
2 Oktober 2018 (Selasa)
Bas telah bertolak dari sekolah pada pukul 10 pagi dan mereka sempat menyinggah di Padi Box Homestay di Sekincan untuk merakamkan pemandangan sawah padi yang sedang menghijau.
Seterusnya mereka bergerak ke Pusat KOKO Seri Gambut untuk memulakan aktiviti perkhemahan. Setiap murid diberikan kumpulan masing- masing. Terdapat 4 kumpulan dan murid perlu berada daam kumpulan masing- masing sepanjang berada di sana.
Mereka juga diajar tentang kebersihan selepas makan. Setiap kali selesai waktu makan, mereka perlu membasuh dan mengelap semula pinggan dan cawan masing- masing selama 3 hari sepanjang berada di Pusat KOKO.
Semua murid juga diwajibkan untuk solat berjemaah bersama- sama sepanjang berada di Pusat KOKO ini.
Aktiviti pada waktu petang pada hari pertama, murid- murid diajar oleh fasilitator bagaimana untuk mendirikan khemah.
3 Oktober 2018 (Rabu)
Pada hari kedua, aktiviti perkhemahan dimulakan dengan senaman pagi. Murid- murid membuat larian mengelilingi kampung diringi oleh guru- guru dan pembantu pengurusan murid (PPM)
Seterusnya aktiviti kawad kaki.
Mereka juga diajar permainan yang memerlukan kerjasama yang penting sesama ahli pasukan masing- masing. Ini adalah untuk memupuk nilai murni kerjsama dalam diri mereka.
Mereka juga diajar ikhtiar hidup apabila sesat di dalam hutan.
Pada sebelah petang, murid- murid dibawa menaiki trem ke petak sawah untuk aktiviti menanam padi.
Setelah selesai menanam padi, mereka dibawa ke palung untuk berendam dan mandi di situ. Mereka sungguh teruja kerana ini adalah pengalaman pertama bagi mereka.
Aktiviti pada waktu malam pula iaitu malam kebudayaan. Setiap kumpulan merancang persembahan yang akan dipersembahka oleh kumpulan mereka dengan dibimbing oleh guru- guru. Mereka sungguh berani dan begitu yakin untuk membuat persembahan di hadapan semua murid yang lain.
4 Oktober 2018 (Khamis)
Hari terakhir adalah aktiviti penutup. Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada GPK Pendidikan Khas dan Guru Besar SKSSAS untuk merasmikan majlis penutup serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Comments
Post a Comment