Pada 6-17 November 2017, aktiviti selepas peperiksaan telah dijalankan untuk mengisi masa murid dengan pengisian-pengisian yang dapat meningkatkan potensi diri murid seperti permainan dalaman (Carom, dam ular, congkak, dan galah panjang), mencanting batik, membuat layang-layang, membuat popiah dan mencari harta karun. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memberi pengalaman menyeronokkan kepada murid pendidikan khas.
Selain itu, murid dapat bersaing mengikut tahap masing-masing kerana murid ini bertanding sehabis baik untuk memberi markah kepada kumpulan masing-masing. Nilai kerjasama antara murid dapat dilihat sepanjang program ini kerana ahli kumpulan akan memberi sokongan padu kepada ahli kumpulan mereka.
Berikut antara momen-momen yang sempat dirakam lensa kami;
|
Permainan Dam Ular |
|
Permainan Congkak |
|
Permainan karom |
|
Permainan galah panjang |
|
Antara hasil kerja murid |
|
Ke Ying sedang menggulung popiah. |
|
Cikgu Ain sedang mengajar membuat layang-layang |
|
Cikgu Nakhaei sedang mengajar membuat layang-layang menggunakan buluh |
·
Comments
Post a Comment