Posts

Showing posts from 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018

Image
Alhamdulillah, majlis hari anugerah kecemerlangan SK Satu Sultan Alam Shah telah berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai murid atas pencapaian mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk meraikan kejayaan murid Tahun 6 PPKI yang telah berjaya menamatkan persekolahan mereka di SK Satu Sultan Alam Shah.  Senarai penerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Khas 1 Bahagia 1. Mateen Khalique 2. Muhammad Harith 3. Ng Jia Ming 2 Jujur 1. Nurhan Ammar 2. Devyani 3. Muhammad Yafiq Naufal 3 Amanah 1. Abdul Fatah 2. Adam Danial 3. Muhammad Ilham Aqil 5 Adil 1. Mohammad Arif Hakimi 2. Muhammad Rafiq 3. Nur Ain Qistina 6 Ikhlas 1. Muhammad Asfa Zahin 2. Muhammad Afdlin 3. Ashleey Senarai penerima Anugerah Inklusif 1. Mior Ahmad Darwisy 2. Shafina 3. Aqif Naufal 4. Nur Damiya 5. Muhammad Syuwari Jiwari 6. Izzun Nahdiyah

MAJLIS TAUTAN KASIH PPKI SKSSAS 2018

Image
Alhamdulillah, pada 1 November 2018 telah berlangsung Majlis Tautan Kasih bagi tahun 2018. Majlis ini adalah gabungan jamuan hari jadi murid yang lahir pada bulan September hingga Disember dan majlis untuk meraikan murid Tahun 6 PPKI yang akan menamatkan persekolahan di sekolah ini. Majlis Tautan Kasih pada tahun ini telah diadakan di Pizza Recipe, Bandar Klang. 46 orang murid dan ibu bapa, termasuk pengerusi Badan Kebajikan PPKI, En. Azwan telah sudi bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini. Tidak lupa juga, terima kasih kepada mantan pengerusi Badan Kebajikan PPKI, Pn. Sharifah yang turut hadir ke majlis ini. Jadi, jom kita tengok gambar sekitar majlis.. :) Murid disusun sebelum bergerak ke tempat majlis diadakan Pizza Recipe, Bandar Klang Guru sedang membuat persediaan sebelum majlis bermula Ibu bapa juga turut membantu dalam membuat persediaan majlis Ibu bapa yang turut hadir pada majlis tersebut Al

BENGKEL PETANQUE PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2018

Image
Pada 10 Oktober 2018, beberapa orang murid PPKI SKSSAS telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Petanque bagi peringkat PPD Petaling Utama. 4 orang murid yang berpotensi tinggi telah dipilih untuk menyertai bengkel petanque ini yang telah diadakan di SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya.  Murid tersebut ialah Muhammad Nur Aiman Hakim, Nur Ain Qistina, Muhammad Asfa Zahin dan Mohammad Arif Hakimi bersama guru pengiring mereka iaitu Cikgu Mohd Sahizam.  Aktiviti yang diadakan semasa bengkel tersebut telah dibahagikan pada tiga bahagian iaitu kelas teori, amali dan perlawanan persahabatan antara sekolah yang menyertai. Majlis  penutup bengkel telah diadakan pada pukul 1 tengahari.   Matlamat  Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan dalam sukan petanque.  Memperkenalkan sukan petanque kepada guru dan murid pendidikan khas.  Menyemai minat murid terhadap sukan petanque  Mendalami dan mengetahui syarat dan cara permainan petanque dijalankan.  J

Perkhemahan Pengakap di Kem Seri Gambut, Tanjung Karang

Image
Alhamdulillah, perkhemahan pengakap PPKI SKSAS peringkat sekolah telah selamat dilaksanakan dengan jaya yang telah diadakan di Pusat Koko Kem Seri Gambut, Tanjung Karang. Perkhemahan pengakap ini telah dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 2 Oktober 2018 sehingga 4 Oktober 2018. Jom kita tengok aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut.  2 Oktober 2018 (Selasa) Bas telah bertolak dari sekolah pada pukul 10 pagi dan mereka sempat menyinggah di Padi Box Homestay di Sekincan untuk merakamkan pemandangan sawah padi yang sedang menghijau.  Seterusnya mereka bergerak ke Pusat KOKO Seri Gambut untuk memulakan aktiviti perkhemahan. Setiap murid diberikan kumpulan masing- masing. Terdapat 4 kumpulan dan murid perlu berada daam kumpulan masing- masing sepanjang berada di sana.  Mereka juga diajar tentang kebersihan selepas makan. Setiap kali selesai waktu makan, mereka perlu membasuh dan mengelap semula pinggan dan cawan masing- masing sel