Posts

Showing posts from January, 2018

MAJLIS KEPUTUSAN PASR 2017

Image
Pada 23 November 2017, Majlis Keputusan PASR 2017 telah diadakan untuk menyampaikan sijil keputusan Peperiksaan Alternatif Sekolah Rendah bagi murid-murid Pendidikan Khas. Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil-Sijil berkaitan juga disampaikan pada hari tersebut. Majlis ini adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk menerima sendiri keputusan peperiksaan anak masing-masing.

Majlis Anugerah Cemerlang 2017

Image
Pada 22 November 2017, SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. Hari Anugerah Cemerlang merupakan agenda tahunan SK Satu Sultan Alam Shah bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid merupakan cermin perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan yang berwibawa.  Program ini mampu memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju dan berlumba-lumba menuju kejayaan. Semangat ini dapat membantu membina budaya sekolah yang cemerlang kerana dapat memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, bersatupadu dan muhibah. Selain dapat mengeratkan kerjasama antara ibu bapa atau penjaga pelajar dengan pihak pentadbiran dan guru. SENARAI PENERIMA ANUGERAH KELAS PPKI Kelas: 1 BAHAGIA Tempat Pertama  : Ariqa Fatina binti Mohamad Yusof Tempat Kedua    : Devyani a/p Parameswaran Tempat Ketiga    : Muhammad Yafiq bin Mohd Yunus Kelas: 2 Jujur Tempat Per

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

Image
Pada 6-17 November 2017, aktiviti selepas peperiksaan telah dijalankan untuk mengisi masa murid dengan pengisian-pengisian yang dapat meningkatkan potensi diri murid seperti permainan dalaman (Carom, dam ular, congkak, dan galah panjang), mencanting batik, membuat layang-layang, membuat popiah dan mencari harta karun. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memberi pengalaman menyeronokkan kepada murid pendidikan khas. Selain itu, murid dapat bersaing mengikut tahap masing-masing kerana murid ini bertanding sehabis baik untuk memberi markah kepada kumpulan masing-masing. Nilai kerjasama antara murid dapat dilihat sepanjang program ini kerana ahli kumpulan akan memberi sokongan padu kepada ahli kumpulan mereka. Berikut antara momen-momen yang sempat dirakam lensa kami; Permainan Dam Ular Permainan Congkak Permainan karom Permainan galah panjang Antara hasil kerja murid Ke Ying sedang menggulun