Posts

Showing posts from July, 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT PPKI 2017

Image
Pada 26 Mei 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat PPKI di kelas Pendidikan Khas. Objektif sambutan Hari Guru ialah untuk menghargai sumbangan dan khidmat bakti para guru dalam usaha mendidik murid Pendidikan Khas. Selain itu, dapat menyemai rasa hormat dan sayang dalam kalangan murid Pendidikan Khas terhadap guru-guru. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan silaturahim di kalangan pentadbir, guru-guru, pembantu pengurusn murid, ibu bapa serta murid-murid Pendidikan Khas. Guru-guru yang diraikan Guru besar memberikan ucapan Encik Azwan wakil ibu bapa memberikan ucapan Encik Azwan (wakil ibu bapa), Encik Haris (pegawai PPD), Encik Zulkifli (Guru Besar) berswafoto.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH 2017

Image
Pada 9 Mei 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah menyertai program-program yang telah dijalankan oleh semasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah 2017 di SK Bandar Baru Sri Damansara, Petaling Jaya. Tujuan murid-murid menyertai program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat, kebolehan dan kemampuan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum (Tilawah, Hafazan, Azan, Iqamah, Nasyid, Khat dan Bercerita). Selain itu, program ini memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi sesama murid-murid dari sekolah atau institusi yang berlainan. Antara pertandingan yang dianjurkan oleh tuan rumah adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Tilawah al-Quran, Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Azan dan Iqamah dan Pertandingan Nasyid. Antara kejayaan yang diperolehi oleh murid-murid PPKI SK Satu Sultan Alam Shah; i.   Johan Hafazan Perempuan ii.  Naib Johan Tilawah Lelaki iii. Naib Johan Tilawah Perempuan iv. Tempat ketiga Bercerit

Sukan Tahunan 2017

Image
Pada 6 Mei 2017, semua murid SK Satu Sultan Alam Shah dan tidak terkecuali murid-murid PPKI telah menyertai acara yang telah dijalankan semasa Sukan Tahunan 2017. Sepanjang Sukan Tahunan 2017 berlangsung, murid-murid sangat teruja menyertai aktiviti sukaneka yang telah dijalankan khas untuk murid-murid PPKI. Selain aktiviti sukaneka, murid-murid PPKI juga menyertai program-program seperti lontar peluru, lompat jauh, tarik tali, 100M, 200M, 4x100M dan perbarisan. Antara kejayaan yang diperolehi murid-murid PPKI semasa Sukan Tahunan 2017 SK Satu Sultan Alam Shah adalah; i.   Johan Lontar Peluru Lelaki ii.  Johan Lompat Jauh Lelaki iii. Johan 100M Lelaki iv.  Johan 200M Lelaki v.   Johan 4X100M Lelaki vi. Olahragawan Lelaki Terbaik vii. Tempat ketiga Perbarisan Berikut antara momen-momen yang sempat dirakam oleh lensa kami. Fitri sedang mendahului rakan-rakan lain Resham & Michelle dalam acara 4X100m perempuan Izzun yang sedang santai

TERAPI BOLING (1)

Image
Pada 27 April 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan terapi boling di U Bowl, One Utama, Petaling Jaya, Selangor. Seramai 31 orang murid yang menyertai terapi ini dan murid dikenakan RM15. Terapi boling bertujuan untuk melatih pergerakan psikomotor kasar dan halus murid. Aktiviti ini boleh membina keyakinan dalam dari murid itu sendiri. Selain itu, program ini boleh mendidik murid supaya memberi fokus dan perhatian dalam melakukan sesuatu tindakan. Melalui program seperti ini juga ia mampu memantapkan perkembangan dan mampu melembutkan otot dan sendi murid.

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID DAN GURU (1)

Image
Pada 20 April 2017 (Jumaat), semua murid dan guru PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah menyambut hari lahir murid dan guru yang lahir bulan Januari sehingga April. Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk menanamkan sifat menghargai insan sekeliling di kalangan murid-murid Pendidikan Khas. Selain itu, memberikan pengalaman merasai suasana majlis sambutan hari lahir murid-murid. Antara juadah yang disediakan Antara ibu bapa yang hadir semasa Majlis Hari Jadi Birthday boys & girls ;)