PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA

PENDAHULUAN
            Program Pendidikan Khas Integrasi SK Satu Sultan Alam Shah telah terlibat dengan kejohanan olahraga dan balapan peringkat PPD Petaling Utama pada 6hb April 2015. Kejohanan ini telah diadakan di stadium Matsushita Panasonic Seksyen 21, Shah Alam. Seramai 14 orang pelajar, 8 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid telah terlibat dengan kejohanan tersebut. Kejohanan ini melibatkan penyertaan dari semua sekolah pendidikan khas daerah Petaling Utama.

TUJUAN
            Kejohana ini diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat olahragawan dan olahragawati pendidikan khas daerah Petaling utama. Selain itu acara ini juga merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan setiap tahun di dalam daerah. Kejohanan ini juga dapat memupuk semangat kesukanan di antara murid dengan murid yang lain. Selain itu, acara ini juga dapat memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas merasai pengalaman bersukan sebagaimana murid-murid di aliran perdana.
            Aktiviti ini juga dapat menarik minat murid untuk mempamerkan kebolehan diri mereka dalam pelbagai acara yang dipertandingkan seperti acara larian, acara lontar peluru dan acara lompat jauh. Murid-murid dapat merasai peluang untuk berdaya saing secara sihat bersama rakan dari sekolah lain.

KESIMPULAN
Di antara kejayaan yang telah diperolehi adalah seperti berikut :
·         100m Lelaki – pingat Emas dan Gangsa
·         Lontar Peluru Perempuan – pingat Emas dan Perak
·         Lompat Jauh Lelaki – pingat Gangsa
·         75m Lelaki – Emas
·         75m Perempuan – Emas
·         4 X 100m Perempuan – pingat Gangsa
·         Olahragawan Terbaik keseluruhan

·         Tempat Kedua keseluruhan. 

 bergambar sebelum kejohanan
sesi pemanas badan
peserta menyertai lompat jauh kategori SK
berjaya mendapat tempat ketiga

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)