Posts

Showing posts from September, 2015

LAWATAN SEKOLAH PENANDA ARAS KE KOTA KINABALU, SABAH

Image
Pada 15-17 September 2015 bersamaan hari Selasa hingga Khamis yang lalu, Kelas Pend. Khas SK Satu Sultan Alam Shah telah berjaya mengadakan lawatan 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu Sabah. Lawatan ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta iaitu 14 murid dan 16 guru termasuk beberapa wakil ibu bapa. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk : -merasai pengalaman menaiki kapal terbang dan melalui perjalanan yang jauh. -melawat SK Luyang, Kota Kinabalu untuk berkongsi pengalaman pengurusan sekolah. -melawat tempat-tempat menarik di negeri lain. -menilai proses pembelajaran pengurusan diri bagi murid-murid berkeperluan khas. -mengeratkan silatur rahim di antara peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang lawatan tersebut adalah seperti berikut : Day1 -Desa Cattle Farm, Kundasang. -Hot Spring Poring, Ranau Day2 -Taman Hidupan Liar Lok Kawi -Rumah Terbalik/Muzium 3D, Tamparuli -Pasar Filipino Day3 -SK Luyang, Kota Kinabalu

PERTANDINGAN CAKNA LITERASI DAN NUMERASI PENDIDIKAN KHAS NEGERI SELANGOR 2015

Image
PENDAHULUAN Hari ini, Pada tanggal 3/9/15 bersamaan hari Khamis, bertempat di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Telah berlangsung satu pertandingan yang julung-julung kali di adakan iaitu Pertandingan Cakna Literasi dan Numerasi Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor. 10 daerah dalam negeri Selangor telah menghantar wakil murid pendidikan khas masing-masing bagi di nilai di dalam beberapa acara antaranya : -Bacalah Sayang -Matematik Tambah dan Tolak -Matematik Darab dan Bahagi -Bacaan Lisan -Matematik Rupa Bentuk dan Warna -Kemahiran Mengenal Rasa dan Bau -Kemahiran Pengamatan Pertandingan ini diadakan bertujuan antaranya mendedahkan murid dengan pembelajaran yang lebih berkesan melalui pertandingan. Selain itu, murid-murid yang telah dikenal pasti berpotensi melepasi LINUS boleh diinklusifkan ke aliran perdana. KESIMPULAN Dalam acara-acara tersebut, murid pendidikan khas SK Satu Sultan Alam Shah yang mewakili daerah Petaling Utama