LAWATAN PENDIDIKAN KHAS KE TAMAN BURUNG DAN PLANETARIUM NEGARA, KL

Pada 25.2.2015 (rabu) yang lalu, PPKI SK Satu Satu Sultan Alam Shah, PJ telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Taman Burung, Kuala Lumpur.
Lawatan ini telah disertai oleh 25 orang murid dan 10 orang guru dan PPM. Pada sebelah pagi, peserta bergerak dari sekolah ke Taman Burung. Semua peserta makan tengah hari di Kafe Memorial Tun Abdul Razak. Selepas itu, peserta terus bergerak ke Planetarium yang tidak jauh dari kafe tersebut.
Lawatan ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan di antara guru dan murid dalam pembelajaran di luar kelas di samping merehatkan minda daripada pembelajaran secara formal.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutamanya INTAN Kampus PJ kerana sudi menyumbangkan pengangkutan bas kepada anak-anak istimewa ini.
bergambar bersama di lobi taman burung

peserta berpeluang beri murung-burung makan

makan tengah hari di Memorial Tun Abd Razak

Menunggu tayangan 3D dalam kubah Planetarium

Melihat proses membesarkan anak ayam di taman burung

sijil penghargaan kepada wakil INTAN

bergambar di lobi Planetarium

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)