Posts

Showing posts from February, 2018

MESYUARAT PIBG PPKI 2018

Image
Pada 3 Februari 2018 iaitu pada hari Sabtu telah dilaksanakan Mesyuarat Badan Kebajikan IbuBapa PPKI untuk tahun 2018. Mesyuarat ini dilaksanakan supaya ibu bapa dapat memberikan pandangan dan idea dan mengetahui tentang tahap perkembangan anak- anak semasa di sekolah daripada guru- guru. Guru Besar bersama Pegawai PPD Pend Khas Petaling Utama Para Ibu Bapa sedang tekun mendengar kata- kata daripada Cikgu Rahman Pengerusi Ibu Bapa sedang menyampaikan ucapan Pelancaran daripada pegawai MBPJ tentang projek air takungan dengan kerjasama SK SATU SULTAN ALAM SHAH Barisan AJK Badan Kebajikan PPKI 2018

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Image
Pasukan Rumah Ungu telah menghantar seramai 15 orang murid dari kelas PPKI untuk terlibat dalam Larian Merentas Desa peringkat sekolah. 10 daripada 15 orang murid ppki telah menyumbang mata ke dalam rumah sukan Ungu. Tahniah diucapkan kepada murid- murid tersebut. murid - murid yang terlibat sebelum memulakan larian  Atiqullah telah sampai ke garisan penamat  Resham sampai ke garisan penamat Amal Nafis & Latiff  Cikgu Ain mencatat mata bagi rumah Ungu Rafiq Izzun dan Damiya sampai ke garisan penamat Murid- murid yang tidak terlibat dengan larian merentas desa, berada di kelas masing- masing dan mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. 

TERAPI MEMANAH 2018

Image
Pada 30 Januari 2018 iaitu pada hari Khamis, telah dilaksanakan terapi yang pertama untuk tahun 2018 iaitu Terapi Memanah. Seramai 35 orang murid PPKI SK Satu Sultan Alam Shah terlibat dalam terapi memanah pada kali ini. Dengan kerjasama yang diberikan oleh En Shazan yang dikelolakan secara persendirian dengan rakan- rakannya Murid- murid sedang menerima penerangan daripada En Shazan Adam dan Hafizul menendengar cara- cara memegang busur Semua murid gembira selepas berakhirnya terapi memanah