Posts

Showing posts from September, 2017

MAJLIS HARI JADI (MEI-OGOS)

Image
Pada 7 September 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan jamuan hari jadi untuk murid-murid dan guru-guru yang lahir pada bulan Mei hingga Ogos. Jamuan hari jadi ini dapat menanamkan sifat menghargai insan sekeliling dalam kalangan murid-murid.    Antara yang hadir pada majlis ini En Mohd Haris bin Rahmat pegawai PPDPUSekalung penghargaan kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama dan sokongan dalam bentuk wang ringgit, juadah dan goodie beg untuk dihadiahkan kepada anak-anak pendidikan khas.    Berikut antara momen-momen yang berjaya dirakam lensa kami; Antara juadah yang disediakan. Kek hari jadi    Birthday boy and girl Majlis penyampaian hadiah

SEMINAR TERAPEUTIK

Image
Seminar dan Bengkel Terapeutik yang dianjurkan oleh pihak Universiti Malaya, UM Cares, NBOS, UCTC bersama WELL dijalankan pada 6 September 2017. Seminar ini disertai oleh 20 orang murid daripada 50 orang murid yang terpilih. Seminar ini dibuat bersama-sama dengan ibu bapa murid supaya boleh diprakktikkan di rumah. Encik Mohd Haris bin Rahmat pegawai Pendidikan Khas PPDPU dan Encik Zulkifli bin Nordin, Guru Besar SKSSAS turut turun memberi sokongan. Seminar Terapeutik ini menyediakan permainan yang menyeronokkan bersesuaian dengan tahap kemampuan murid kelainan upaya selain memberi penerangan jelas kepada ibu bapa mengenai kebaikan terapeutik kepada anak-anak. Melalui permainan ini, dapat membantu memperbaiki skil motor kasar dan halus. Ibu bapa yang khusyuk mendengar

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN LAWATAN PENANDA ARAS KE LANGKAWI

Image
Pada 15-18 Ogos 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan lawatan sambil belajar dan lawatan penanda aras ke Pulau Langkawi. Lawatan ini disertai oleh 14 murid dan yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM450 setiap orang murid dan guru. Murid-murid ini diiringi oleh pegawai pendidikan khas PPDPU, En Mohd Haris bin Rahmat, guru besar SKSSAS, En Zulkifli bin Nordin, 12 orang guru pendidikan khas, 2 orang guru praktikum dan 2 orang PPM. Lawatan ini memberi pengalaman kepada murid untuk merasai pengalaman lawatan ke luar daerah dengan menaiki kapal terbang. Lawatan ini juga dapat memupuk sikap berdikari kepada setiap murid semasa berjauhan dengan ahli keluarga. Berikut antara momen yang berjaya dirakam lensa kami; 15 Ogos 2017 Berswafoto dahulu sebelum berangkat naik ke KLIA2. En Azwan, Pengerusi PIBG PPKI, En Haris, pegawai PPDPU, En Zulkifli, guru besar dan En Rahman, Penolong Kanan PPKI KLIA2 Nabil teruja menaiki kapal terbang MARDI AGRO TEKNOLO