Posts

Showing posts from April, 2018

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN, MELAKA 2018

Image
Pada hari Khamis yang bertarikh 19 April 2018, Sk Satu Sultan Alam Shah telah didatangi oleh PPKI Sk Tun Syed Shahabudin dari Negeri Melaka. Seramai 36 orang  termasuk murid ppki, guru- guru, Pembantu Pengurusan Murid serta seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah tersebut.  Mereka tiba di sekolah SK 1 Sultan Alam Shah pada pukul 11 pagi. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dari murid- murid PPKI yang telah dibimbing oleh Ustaz Zulhanif. MURID DARI SEKOLAH MELAKA TIBA DI SKSSAS MURID DISAMBUT DENGAN PALUAN KOMPANG  MURID MEMEGAN BUNGA MANGGA MURID DIPAKAIKAN BADGE SKSSAS Kemudian, pelawat di bawa ke Dewan SKSSAS dan akan dijamu mata dengan tayangan video berkaitan dengan aktiviti- aktiviti yang pernah dilaksanakan di kelas PPKI Sk Satu Sultan Alam Shah. Seterusnya, ditambah lagi dengan perseembahan selamat datang untuk ditunjukkan kepada sekolah melaka. Kemudian, murid di bawa ke dewan besar sekolah untuk bermain permainan tr

Lawatan ke Kidzania, Kuala Lumpur 2018

Image
Hari : Selasa Tarikh : 17 April 2018 Tempat : Kidzania, Kuala Lumpur Murid : 34 orang Guru : 11 orang PPM : 2 orang Lawatan ini adalah lawatan kali pertama bagi tahun 2018. Kami bertolak dari Sk Satu Sultan Alam Shah ke Kidzania, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi. Hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja untuk kami sampai ke Kidzania. Murid- murid dikumpulkan di lobi untuk memakai jam untuk memasuki ke bandar kidzo. Semua murid diberikan sebanyak 80 kidzo sebagai permulaan sebelum memasuki bandar kidzo.  Guru diberikan taklimat ringkas daripada pegawai Kidzania Guru dan Murid bergambar dahulu sebelum memulakan pekerjaan. Murid diberikan taklimat dan diberi masa untuk bekerja mengumpul duit kidzo dan menerima kursus sehingga pukul 2.30 petang. Murid dilepaskan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh Cikgu Hani bersama - sama guru pengiring. Murid sedang bekerja di nurseri menjaga bayi. Murid sedang bekerja membuat sabun  Murid sedang bekerja sebagai ahli

Sumbangan "Free Breakfast" dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Image
Pada hari Selasa 11 April 2018, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah turun ke SK Satu Sultan Alam Shah untuk memberikan sumbangan FREE BREAKFAST sebanyak 150 bungkus kepada penerima murid Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan KWAM.  Di bawah antara gambar- gambar yang dapat dirakam pada hari tersebut.  Murid PPKI gembira menerima sarapan percuma  Murid ppki tahun 1 mengangkat bungkusan makanan yang diterima  Sebahagian murid SK Satu Sultan Alam Shah yang menerima free breakfast dari MBPJ Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas sumbangan yang diberikan ini. 

Terapi Trampoline 2018

Image
Pada hari Khamis 5 April 2018 telah dilaksanakan terapi trampolin kali pertama di Pusat Trampolin, Petaling Jaya. Seramai 36 orang murid ppki telah menjalani terapi trampoin dan 10 orang guru pengiring dan 2 orang pembantu pengurusan murid.  Terapi dijalankan selama 2 jam sehingga 11.15 pagi. Setelah selesai menjalani terapi, murid diberikan makanan yang telah ditempah di Texas Chicken Murid kecil bermain di istana bersama Cikgu Ain' Fatah sedang melompat di udara murid sedang mempertahankan diri daripada palang kuning