Posts

Showing posts from September, 2018

Terapi Membeli Belah

Image
Pada 20 September 2018, telah dilaksanakan Terapi Membeli Belah. Program ini sangat mendapat sambutan daripada murid- murid dan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang memberi kebenaran dan mempercayai kami guru- guru di ppki SKSSAS untuk megikut program ini.  Seramai 35 orang murid berjaya melaksanakan aktiviti terapi pada kali ini. Sebanyak RM15 bayaran yang dikenakan kepada murid- murid untuk membeli makanan dan RM10 diberikan kepada murid untuk melakukan terapi membeli belah.  Selain itu, Cikgu Faharin juga telah membawa murid- murid ke Pejabat Pos Malaysia yang terletak di dalam Amcorp Mall. Tujuanya adalah untuk memperkenalkan kepada murid- murid bagaimana surat mereka dipos dan mereka sungguh gembira apabila surat mereka berjaya sampai ke rumah.  Murid juga diajar bagaiamana untuk menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor. Murid- murid sangat seronok. So, jom kita tengok gambar. :))

Kem Bestari Solat Peringkat PPD Petaling Utama 2018

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi Program Kem Bestari Solat anjuran PPKI SK Satu Sultan Alam Shah dengan kerjasama PPD Petaling Utama telah selamat dijalankan pada 6 dan 7 September 2018 yang bertempat di Masjid Bulat, Seksyen 14 Petaling Jaya. Seramai 7 orang murid pendidikan khas mewakili PPKI SKSSAS ke program tersebut.  Antaranya ialah seperti berikut: - Ain Qistina                                                            - Nurhana Amilia                                           - Ariqa                                              - Ammar                                                      - Irfan Mirfzal                                           - Syakir                                             - Syuwari Murid- murid ini berpeluang mempelajari ilmu bagaiamana untuk mendirikan solat mengikut tertib dan mempelajari bacaan yang digunakan untuk mendidikan solat. InsyaAllah, sepanjang dua hari program ini berlangsung dapat dimanfaatkan untuk semua muri

Sambutan Hari Jadi Murid (Mei - Ogos)

Image
Pada 5 September 2018, PPKI Sk Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan sambutan hari jadi untuk murid- murid yang lahir pada bulan Mei sehingga Ogos. Segala persiapan telah dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan program sambutan hari jadi berjalan dengan lancar.  Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sungguh sporting dan memberi kerjasama kepada guru yang ditugaskan utuk menjalankan program ini kerana sudi memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit ataupun makanan. Semua murid sangat seronok dapat menyambut hari jadi mereka bersama rakan- rakan sebaya. Tambahan lagi, makanan yang dihidangkan sungguh lazat dan membuka selerea murid- murid .  Jadi, jom kita tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang majlis itu berlangsung.