Posts

Showing posts from July, 2018

TERAPI BOLING KALI KE-2

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT terapi untuk kali kedua telah selesai dilaksanakan kepada murid- murid pendidikan khas. Seramai 45 orang murid ppki telah terlibat untuk terapi boling pada kali ini.  Semua murid sungguh teruja untuk bermain boling dan sangat gembira dengan aktiviti yang dilakukan pada kali ini. Jom kita tengok tengok gambar :))

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KELAS PPKI 2018

Image
Pada 4 Julai 2018 iaitu pada hari Rabu, PPKI SKSSAS telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan juadah yang disediakan pada hari tersebut sungguh membuka selera. Pelbagai juadah yang dihidangkan sungguh lazar. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sangat bermurah hati menyumbang pelbagai hidangan juadah buat semua murid- murid istimewa di SKSSAS Majlis ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pengarah PPD PETALING UTAMA yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis yang dilaksanakan pada hari ini. Selain itu juga, Pengerusi kebajikan Ibubapa pendidikan khas juga yang sentiasa menyokong apa sahaja majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.  lawatan dari Pengarah PPD Petaling Utama

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU JAMALIAH

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca.  Untuk makluman pihak tuan dan puan, PPKI Sekolah kami telah kehilangan seorang guru PPKI yang sungguh berdedikasi dalam melaksanakan tugas- tugasnya. Guru tersebut bernama Cikgu Jamaliah Binti Jamaludin atau secara ringkasnya dipanggil Cikgu JJ. Permohonan Cikgu JJ untuk berpindah ke Negeri Perak untuk mengikut suami telah diluluskan. Sehubugan dengan itu, pada hari Khamis yang bertarikh 28 Jun 2018 telah diadakan sedikit majlis sempena perpisahan Cikgu JJ di PPKI Skssas. Cikgu JJ juga telah berkhidmat di sini dari 1 Januari 2016 hingga 29 Jun 2018.  SEMOGA CIKGU JJ BERBAHAGIA DI SAMPING KELUARGA TERCINTA dan janganlah lupakan kami di sini . :) AMIN

PEMBERIAN DUIT RAYA DARIPADA WAKIL IBU BAPA PENDIDIKAN KHAS SK SATU SULTAN ALAM SHAH.

Image
Pada hari Jumaat iaitu bertarikh 8 Jun 2018, sehari sebelum semua murid berangkat pulang beraya di kampung halaman. Pihak sekolah peringkat ppki telah melaksanakan satu majlis kecil untuk memberikan duit raya sumbangan daripada ibubapa yang prihatin kepada murid murid- murid ppki di Sk Satu Sultan Alam Shah. . Pemberian daripada sumbangan ibu bapa tersebut diwakili oleh Pengerusi Kebajikan Ibu Bapa Pendidikan Khas SKSSAS iaitu Encik Azwan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sudi memberi sumbangan duit raya kepada murid- murid pendidikan khas ini, semoga beroleh keberkatan daripadaNya. Amin. Tidak dilupakan juga kepada semua guru- guru pendidikan dan pembantu pengurusan murid yang juga sudi memberikan duit raya kepada semua murid pendidikan khas. Mereka seungguh teruja untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba sekejap lagi.