Posts

Showing posts from March, 2018

DOKUMENTASI INISIATIF BAHASA MELAYU 108 -ASTRO AWANI

Image
Pada 16 Mac 2018 telah berlangsungnya pengambaran Dokumentasi Inisiatif Bahasa Melayu 108 di bawah Program KPM dengan kerjasama Astro Awani dan AMK Creative. Setelah beberapa purnama, persiapan telah dijalankan kini tibalah masanya pengambaran dilakukan.  Objektif dokumentasi ini adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan murid- murid Pendidikan Khas khususnya kepada Murid Pendidikan Khas SK Satu Sultan Alam Shah. Antara watak utama dalam dokumentasi ini ialah Pn Norhani Bt Abd Razak atau lebih mudah dikenali sebagai Cikgu Hani. Beliau telah memulakan persiapan sejak dari awal lagi untuk pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu. SEBELUM PENGAMBARAN. HAHAHAHA Program pada hari tersebut dimulakan dengan aluan kompang menyambut tetami VIP dari KPM, JPN, dan PPD Petaling Utama. Murid Pend Khas juga boleh diajar untuk bermain kompang dengan baik. Tetamu VIP Bergambar dahulu sebelum berlakon D

SUKAN PPKI DAERAH PETALING UTAMA

Image
Pada 7 & 8 Mac 2018, telah dilaksanakan SUKAN PADANG DAN BALAPAN bagi daerah Petaling Utama untuk murid- murid PPKI. Sukan ini telah berlangsung di dua tempat iaitu bagi acara padang di SMK Kelana Jaya. Manakala acara balapan telah berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sekolah SKSSAS telah menghantar wakil dan berjaya beroleh kemenangan di dalam beberapa acara yang dipertandingkan.                          Acara 4 x 100 m perempuan : Tempat ketiga                         Acara 4 x 100 m lelaki junior : Tempat kedua                         Acara 100 m lelaki junior : Tempat ketiga (Nabil Nafis)                         Acara 200 m lelaki junior : Tempat ketiga ( Nabil Nafis)                         Acara 75 m kategori autism : Tempat kedua (Amal Nafis) atlet 4 x 100 m perempuan junior syakir kategori serebral pals 75 m Ahmad 75 M kategori Sindrom Down Aliyah dan Atiqullah 75 M katergori Autism  Amal Nafis mendapat tempa

PERASMIAN KEDAI KELAB KEUSAHAWANAN (KKK)

Image
 Pada tahun 2018, kelas PPKI telah mewujudkan KEDAI KELAB KEUSAHAWANAN (KKK) yang terletak di dalam bangunan PPKI SK SATU SULTAN ALAM SHAH. Kedai ini diwujudkan untuk membantu murid mempelajari cara berjual beli khususnya untuk murid Tahun 6. Perasmian kedai KKK ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu bersama GURU BESAR dan Pengerusi PIBG SKSSAS pada 2 & 3 Mac 2018 semasa Mesyuarat Agung PIBG yang ke-44. Kedai KKK ini juga ada menjual beberapa produk makanan sejuk beku (frozen food), kerepek dan pelbagai makanan lain. Selain mengajar murid tentang pertukaran duit, kedai KKK juga berharap  supaya pembeli mendapatkan produk yang dijual sambil menderma kepada murid PPKI bagi menampung keperluan dan keselesaan pembelajaran mereka. GURU BESAR MERASMIKAN "KKK" DI KELAS PPKI YDP PIBG MERASMIKAN "KKK" SEMASA MESYUARAT PIBG KE-45 GURU BESAR BERSAMA PENGUSAHA PRODUK MASING- MASING IBU BAPA PPKI SEDANG MENYUSUN PRODUK "FROZEN FOOD&

LAWATAN MESRA KPM, JPN SELANGOR DAN PEGAWAI PPD PETALING UTAMA

Image
Pada 1 Mac 2018, SK Satu Sultan Alam Shah telah didatangi oleh pegawai dari KPM, JPN Negeri Selangor dan Penolong Pegawai PPD Petaling Utama sebagai lawatan mesra sempena Program Pemartabatan Bahasa Melayu Inisiatif 108.  SK Satu Sultan Alam Shah telah terpilih antara salah sebuah pendidikan khas masalah pembelajaran untuk menjalani penggambaran untuk Astro Awani 108. Lawatan mesra ini adalah pra persediaan untuk melihat kesediaan guru dari segi keceriaan sekolah, persembahan murid dan pengajaran dan pembelajaran oleh CIKGU NORHANI yang akan dipertontonkan di Astro Awani nanti.  MURID SEDANG MEMBUAT LATIHAN PERSEMBAHAN LAWATAN KE KELAS 3 AMANAH PEGAWAI JPN MENGISI BUKU PELAWAT PEGAWAI JPN & PPD SEDANG MELIHAT CIKGU HANI MENGAJAR

TERAPI BOLING PERTAMA 2018

Image
Pada hari Rabu iaitu 27 Februari 2018, telah dilaksanakan Terapi Boling yang pertama. seramai 36 orang murid termasuk murid inklusif telah terlibat dengan terapi boling pada kali ini. Terapi Boling pada kali ini telah dilaksanakan di U- Bowl One Utama, Bandar Utama.  JOM KITA LIHAT AKSI- AKSI DARI ANAK- ANAK PPKI INI. :) MURID SEDANG MENUNGGU GILIRAN UNTUK MELONTAR BOLA MURID- MURID SEDANG BERMAIN BOLING MURID LELAKI BERGAYA SELEPAS BERMAIN BOLING BERGAMBAR SEBELUM PULANG