Posts

Showing posts from October, 2018

BENGKEL PETANQUE PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2018

Image
Pada 10 Oktober 2018, beberapa orang murid PPKI SKSSAS telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Petanque bagi peringkat PPD Petaling Utama. 4 orang murid yang berpotensi tinggi telah dipilih untuk menyertai bengkel petanque ini yang telah diadakan di SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya.  Murid tersebut ialah Muhammad Nur Aiman Hakim, Nur Ain Qistina, Muhammad Asfa Zahin dan Mohammad Arif Hakimi bersama guru pengiring mereka iaitu Cikgu Mohd Sahizam.  Aktiviti yang diadakan semasa bengkel tersebut telah dibahagikan pada tiga bahagian iaitu kelas teori, amali dan perlawanan persahabatan antara sekolah yang menyertai. Majlis  penutup bengkel telah diadakan pada pukul 1 tengahari.   Matlamat  Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan dalam sukan petanque.  Memperkenalkan sukan petanque kepada guru dan murid pendidikan khas.  Menyemai minat murid terhadap sukan petanque  Mendalami dan mengetahui syarat dan cara permainan petanque dijalankan.  J

Perkhemahan Pengakap di Kem Seri Gambut, Tanjung Karang

Image
Alhamdulillah, perkhemahan pengakap PPKI SKSAS peringkat sekolah telah selamat dilaksanakan dengan jaya yang telah diadakan di Pusat Koko Kem Seri Gambut, Tanjung Karang. Perkhemahan pengakap ini telah dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 2 Oktober 2018 sehingga 4 Oktober 2018. Jom kita tengok aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut.  2 Oktober 2018 (Selasa) Bas telah bertolak dari sekolah pada pukul 10 pagi dan mereka sempat menyinggah di Padi Box Homestay di Sekincan untuk merakamkan pemandangan sawah padi yang sedang menghijau.  Seterusnya mereka bergerak ke Pusat KOKO Seri Gambut untuk memulakan aktiviti perkhemahan. Setiap murid diberikan kumpulan masing- masing. Terdapat 4 kumpulan dan murid perlu berada daam kumpulan masing- masing sepanjang berada di sana.  Mereka juga diajar tentang kebersihan selepas makan. Setiap kali selesai waktu makan, mereka perlu membasuh dan mengelap semula pinggan dan cawan masing- masing sel

Calon Berkeperluan Khas Menduduki Peperiksaan UPSR

Image
Pada tahun ini, PPKI SKSSAS mempunyai calon berkeperluan khas (CBK) yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seramai 3 orang murid yang layak untuk mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini.  Murid tersebut terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Murid tersebut ialah Muhammad AmalNafis, Abdul Latiff dan Izzun Nahdiyah yang telah diinklusifkan ke kelas alira perdana sejak dari tahap 1 lagi. Mereka telah menduduki peperiksaan UPSR selama 4 hari bermula dari tarikh 24 September 2018 hingga 27 September 2018. Marilah kita panjatkan doa kepada mereka agar mereka beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR ini.