Pada 20/8/2015 hari Rabu yang lalu, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan aktiviti terapi trampoline untuk 25 orang murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran bertempat di "JUMP STREET" Seksyen 13 Petaling Jaya. Terdapat beberapa aktiviti terapi yang telah dijalankan oleh pihak sekolah selama ini antaranya terapi renang, terapi boling dan terapi pasir. Namun, terapi trampoline ini adalah suatu julung kali diadakan sejak penubuhannya. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada ibu bapa, pentadbir, dan pengurusan JUMP STREET di atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Terdapat pelbagai kelebihan di dalam terapi ini seperti, meningkatkan daya imbangan, menguatkan otot dan psikomotor kasar dan membina hubungan yang lebih baik di antara peserta. Kelemahan yang boleh diatasi dalam terapi ini adalah menambahkan lagi penglibatan peserta, penyediaan kemudahan pengangkutan tunggal, dan menambahkan lagi aktiviti yang menarik. Sesi pemanas badan Lompatan