PERTANDINGAN CAKNA LITERASI DAN NUMERASI PENDIDIKAN KHAS NEGERI SELANGOR 2015
PENDAHULUAN
Hari ini, Pada tanggal 3/9/15 bersamaan hari Khamis, bertempat di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Telah berlangsung satu pertandingan yang julung-julung kali di adakan iaitu Pertandingan Cakna Literasi dan Numerasi Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor.
10 daerah dalam negeri Selangor telah menghantar wakil murid pendidikan khas masing-masing bagi di nilai di dalam beberapa acara antaranya :
-Bacalah Sayang
-Matematik Tambah dan Tolak
-Matematik Darab dan Bahagi
-Bacaan Lisan
-Matematik Rupa Bentuk dan Warna
-Kemahiran Mengenal Rasa dan Bau
-Kemahiran Pengamatan
Pertandingan ini diadakan bertujuan antaranya mendedahkan murid dengan pembelajaran yang lebih berkesan melalui pertandingan. Selain itu, murid-murid yang telah dikenal pasti berpotensi melepasi LINUS boleh diinklusifkan ke aliran perdana.
KESIMPULAN
Dalam acara-acara tersebut, murid pendidikan khas SK Satu Sultan Alam Shah yang mewakili daerah Petaling Utama telah memenangi beberapa pencapaian seperti berikut :
-Johan Bacalah Sayang
-Naib Johan Kemahiran Mengenal Rasa dan Bau
-Ketiga Matematik Rupa Bentuk dan Warna
Antara kelemahan yang boleh diperbaiki untuk masa akan datang adalah murid perlu dibekalkan latihan dengan lebih banyak lagi supaya lebih bersedia. Selain itu, diharapkan setiap kategori dapat disertai oleh 2 atau 3 orang supaya penyertaan lebih ramai.
Ok, belanja gambar !!!!
Pertandingan mengikut stesen
Stesen lain
Stesen Bacalah Sayang
Stesen Matematik Bentuk dan Warna
Stesen Matematik Matematik Tambah Tolak
Stesen Kemahiran Rasa dan Bau
Bergambar sebelum balik
Comments
Post a Comment