LAWATAN SEKOLAH PENANDA ARAS KE KOTA KINABALU, SABAH
Pada 15-17 September 2015 bersamaan hari Selasa hingga Khamis yang lalu, Kelas Pend. Khas SK Satu Sultan Alam Shah telah berjaya mengadakan lawatan 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu Sabah. Lawatan ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta iaitu 14 murid dan 16 guru termasuk beberapa wakil ibu bapa.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk :
-merasai pengalaman menaiki kapal terbang dan melalui perjalanan yang jauh.
-melawat SK Luyang, Kota Kinabalu untuk berkongsi pengalaman pengurusan sekolah.
-melawat tempat-tempat menarik di negeri lain.
-menilai proses pembelajaran pengurusan diri bagi murid-murid berkeperluan khas.
-mengeratkan silatur rahim di antara peserta.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang lawatan tersebut adalah seperti berikut :
Day1
-Desa Cattle Farm, Kundasang.
-Hot Spring Poring, Ranau
Day2
-Taman Hidupan Liar Lok Kawi
-Rumah Terbalik/Muzium 3D, Tamparuli
-Pasar Filipino
Day3
-SK Luyang, Kota Kinabalu
-Menara Tinjau, Bukit Istana
-Muzium Negeri Sabah
Antara kekuatan yang boleh dikongsikan bersama adalah semangat dan sokongan padu peserta dalam menjayakan lawatan ini dalam bentuk kewangan, masa, tenaga dan buah fikiran. Selain itu, Cuaca yang baik sepanjang lawatan dapat melancarkan lagi perjalanan trafik.
Antara kelemahan yang boleh diperbaiki untuk lawatan akan datang adalah sumber kewangan perlu ditambah terutamanya bagi lawatan-lawatan yang jauh dan berkos tinggi.
PENGHARGAAN :
Puspanita Malaysia
SK Luyang, Kota Kinabalu
Majlis Bandaraya Kota Kinabalu
Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Muzium Negeri Sabah
Asrama Kompleks Sukan Likas
Air Asia Berhad
Rumah Terbalik/Muzium 3D
Pentadbiran SK Satu Sultan Alam Shah
PIBG SK Satu Sultan Alam Shah
Ibu bapa PPKI SK Satu Sultan Alam Shah
Guru dan PPM
Murid-murid
Serta pihak yang langsung atau tidak secara langsung dalam menjayakan lawatan ini.
Menyemak boarding pass sebelum masuk balai berlepas.
Guru Besar bersama Bas Coaster MBKK dan van sewa yang menjadi pengangkutan rasmi lawatan
Kedudukan dalam kabin. Terima kasih AA di atas perkhidmatan yang baik dan selamat sepanjang pergi dan pulang.
Menunggu tiket Hot Spring Poring.
Pemandangan dalam Hot Spring Poring.
Terima Kasih kepada warga SK Luyang terutamanya pihak pentadbiran kerana sudi menerima kunjungan kami.
Bergambar bersama Pengarah Muzium Negeri Sabah.
Bergambar di hadapan Zoo Lok Kawi
Bersantai di cafe di Rumah Terbalik
Merasai berjalan di atas jambatan gantung dalam kawasan Muzium Negeri Sabah.
Sekian Terima Kasih.
Comments
Post a Comment