Terapi Membeli Belah

Pada 20 September 2018, telah dilaksanakan Terapi Membeli Belah. Program ini sangat mendapat sambutan daripada murid- murid dan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang memberi kebenaran dan mempercayai kami guru- guru di ppki SKSSAS untuk megikut program ini. 

Seramai 35 orang murid berjaya melaksanakan aktiviti terapi pada kali ini. Sebanyak RM15 bayaran yang dikenakan kepada murid- murid untuk membeli makanan dan RM10 diberikan kepada murid untuk melakukan terapi membeli belah. 

Selain itu, Cikgu Faharin juga telah membawa murid- murid ke Pejabat Pos Malaysia yang terletak di dalam Amcorp Mall. Tujuanya adalah untuk memperkenalkan kepada murid- murid bagaimana surat mereka dipos dan mereka sungguh gembira apabila surat mereka berjaya sampai ke rumah. 

Murid juga diajar bagaiamana untuk menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor. Murid- murid sangat seronok. So, jom kita tengok gambar. :))








Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)