Sambutan Hari Jadi Murid (Mei - Ogos)

Pada 5 September 2018, PPKI Sk Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan sambutan hari jadi untuk murid- murid yang lahir pada bulan Mei sehingga Ogos. Segala persiapan telah dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan program sambutan hari jadi berjalan dengan lancar. 

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sungguh sporting dan memberi kerjasama kepada guru yang ditugaskan utuk menjalankan program ini kerana sudi memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit ataupun makanan.

Semua murid sangat seronok dapat menyambut hari jadi mereka bersama rakan- rakan sebaya. Tambahan lagi, makanan yang dihidangkan sungguh lazat dan membuka selerea murid- murid . 
Jadi, jom kita tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang majlis itu berlangsung. 






Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)