Terapi boling (November 2017)

Pada 16 November 2017, aktiviti terapi boling telah diadakan di U-Bowl One Utama, Petaling Jaya. Terapi boling ini bertujuan untuk melatih pergerakan psikomotor kasar dan halus murid. Melalui program ini, murid boleh membina keyakinan murid itu sendiri dan mendidik murid supaya lebih fokus dalam melakukan sesuatu tindakan. Melalui aktiviti ini dapat membantu memantapkan perkembangan fizikal dan mampu melembutkan otot dan sendi murid.

Keyakinan murid boleh dipupuk dan segala tindakan perlu dibimbing untuk meningkatkan jati diri murid. Program pembelajaran luar kelas seperti ini dapat memberi pendedahan kepada murid agar potensi diri dari segi kognitif dan fizikal dapat dicungkil.

Berikut antara momen-momen yang sempat dirakam lensa kami;







Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)