MAJLIS TAUTAN KASIH 2017

Pada 15 November 2017,  ppki SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan Majlis Tautan Kasih di Bora Ombak, Marina Putrajaya dengan menaiki Cruise Tasik Putrajaya. Antara yang memeriahkan majlis ini adalah Pegawai Pendidikan Khas PPD Petaling Utama, Guru Besar SK Satu Sultan Alam Shah, Pengerusi Badan Kebajikan Ibu Bapa PPKI SKSSAS dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

Tujuan majlis ini dijalankan adalah untuk menyambut hari lahir murid-murid dan guru PPKI SK Satu Sultan Alam Shah yang menyambut hari lahir pada bulan September-Disember. Majlis ini dijalankan untuk menanamkan sifat menghargai insan sekeliling dan memberikan pengalaman merasai suasana majlis sambutan hari lahir dalam kalangan murid-murid. Selain itu, dapat menggalakkan amalan guru penyayang di kalangan warga PPKI SK Satu Sultan Alam Shah.

Berikut antara momen-momen yang telah sempat dirakam lensa kami.













Pandangan dari cruise















Birthday boy and girl












Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)