Sukan Tahunan 2017

Pada 6 Mei 2017, semua murid SK Satu Sultan Alam Shah dan tidak terkecuali murid-murid PPKI telah menyertai acara yang telah dijalankan semasa Sukan Tahunan 2017. Sepanjang Sukan Tahunan 2017 berlangsung, murid-murid sangat teruja menyertai aktiviti sukaneka yang telah dijalankan khas untuk murid-murid PPKI. Selain aktiviti sukaneka, murid-murid PPKI juga menyertai program-program seperti lontar peluru, lompat jauh, tarik tali, 100M, 200M, 4x100M dan perbarisan.

Antara kejayaan yang diperolehi murid-murid PPKI semasa Sukan Tahunan 2017 SK Satu Sultan Alam Shah adalah;
i.   Johan Lontar Peluru Lelaki
ii.  Johan Lompat Jauh Lelaki
iii. Johan 100M Lelaki
iv.  Johan 200M Lelaki
v.   Johan 4X100M Lelaki
vi. Olahragawan Lelaki Terbaik
vii. Tempat ketiga Perbarisan

Berikut antara momen-momen yang sempat dirakam oleh lensa kami.





Fitri sedang mendahului rakan-rakan lain
Resham & Michelle dalam acara 4X100m perempuan
Izzun yang sedang santai berlari ;)











Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)