MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH 2017

Pada 9 Mei 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah menyertai program-program yang telah dijalankan oleh semasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah 2017 di SK Bandar Baru Sri Damansara, Petaling Jaya. Tujuan murid-murid menyertai program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan bakat, kebolehan dan kemampuan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum (Tilawah, Hafazan, Azan, Iqamah, Nasyid, Khat dan Bercerita). Selain itu, program ini memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi sesama murid-murid dari sekolah atau institusi yang berlainan.

Antara pertandingan yang dianjurkan oleh tuan rumah adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Tilawah al-Quran, Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Azan dan Iqamah dan Pertandingan Nasyid.

Antara kejayaan yang diperolehi oleh murid-murid PPKI SK Satu Sultan Alam Shah;
i.   Johan Hafazan Perempuan
ii.  Naib Johan Tilawah Lelaki
iii. Naib Johan Tilawah Perempuan
iv. Tempat ketiga Bercerita Perempuan
v.  Tempat ketiga Bercerita Lelaki

1
Arif Hakimi sedang khusyuk menulis khat
Damia dalam Pertandingan Hafazan
Amal Nafis dalam Pertandingan Hafazan

Syuwairi sedang bercerita 
Fitri sedang melaungkan azan.
Peserta Nasyid yang segak bergaya.











1

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)