BENGKEL PETANQUE PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT PPD PETALING UTAMA 2018

Pada 10 Oktober 2018, beberapa orang murid PPKI SKSSAS telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Petanque bagi peringkat PPD Petaling Utama. 4 orang murid yang berpotensi tinggi telah dipilih untuk menyertai bengkel petanque ini yang telah diadakan di SMK Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya. 

Murid tersebut ialah Muhammad Nur Aiman Hakim, Nur Ain Qistina, Muhammad Asfa Zahin dan Mohammad Arif Hakimi bersama guru pengiring mereka iaitu Cikgu Mohd Sahizam. Aktiviti yang diadakan semasa bengkel tersebut telah dibahagikan pada tiga bahagian iaitu kelas teori, amali dan perlawanan persahabatan antara sekolah yang menyertai. Majlis penutup bengkel telah diadakan pada pukul 1 tengahari.  



Matlamat 
  1. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan dalam sukan petanque. 
  2. Memperkenalkan sukan petanque kepada guru dan murid pendidikan khas. 
  3. Menyemai minat murid terhadap sukan petanque 
  4. Mendalami dan mengetahui syarat dan cara permainan petanque dijalankan. 


Jom kita tengok gambar di bawah! :)



Murid sedang bertanding antara satu sama lain. 



Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)