Terapi Visual 2018

Pada Hari Rabu iaitu 8 Ogos 2018, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan terapi Visual yang pertama pada tahun ini. Cikgu Faharin telah mengambil peluang yang ada pada kali ini apabila terdapat tayangan filem kartun animasi yang bertajuk "The Incredibles 2".

Terapi  wayang kali ini bertempat di The Starling Mall, di Damansara Utama.


Cikgu Ain membantu murid membeli bertih jagung dan air


Terapi Visual pada kali ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan para pelajar kerana mereka amat meminati filem kartun animasi yang ditayangkan di panggung wayang. Guru Penyelaras Terapi juga telah menempah tiket wayang di panggung wayang The Starling yang mempunyai bilik tayangan kecil yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. 


Bilik Untuk Si Kecil

kerusi yang sangat selesa

Semua murid sangat seronok dan dapat memberikan perhatian sepanjang filem itu ditayangkan. Guru- guru juga mampu tersenyum dan bergelak ketawa dengan kecindan yang ada pada filem tersebut. diharakan guru terapi akan dapat menjalankan terapi visual pada masa akan datang. Tahniah diucapkan :)







Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)