LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN, MELAKA 2018

Pada hari Khamis yang bertarikh 19 April 2018, Sk Satu Sultan Alam Shah telah didatangi oleh PPKI Sk Tun Syed Shahabudin dari Negeri Melaka. Seramai 36 orang  termasuk murid ppki, guru- guru, Pembantu Pengurusan Murid serta seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah tersebut. 



Mereka tiba di sekolah SK 1 Sultan Alam Shah pada pukul 11 pagi. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dari murid- murid PPKI yang telah dibimbing oleh Ustaz Zulhanif.

MURID DARI SEKOLAH MELAKA TIBA DI SKSSAS

MURID DISAMBUT DENGAN PALUAN KOMPANG 
MURID MEMEGAN BUNGA MANGGA

MURID DIPAKAIKAN BADGE SKSSAS

Kemudian, pelawat di bawa ke Dewan SKSSAS dan akan dijamu mata dengan tayangan video berkaitan dengan aktiviti- aktiviti yang pernah dilaksanakan di kelas PPKI Sk Satu Sultan Alam Shah. Seterusnya, ditambah lagi dengan perseembahan selamat datang untuk ditunjukkan kepada sekolah melaka.










Kemudian, murid di bawa ke dewan besar sekolah untuk bermain permainan tradisional baling selipar untuk mengeratkan silaturrahim di antara dua buah skeolah.

MURID TURUN KE DEWAN BESAR








Program lawatan ini diakhiri dengan jamuan makan di kantin.



Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)