PERASMIAN KEDAI KELAB KEUSAHAWANAN (KKK)

 Pada tahun 2018, kelas PPKI telah mewujudkan KEDAI KELAB KEUSAHAWANAN (KKK) yang terletak di dalam bangunan PPKI SK SATU SULTAN ALAM SHAH. Kedai ini diwujudkan untuk membantu murid mempelajari cara berjual beli khususnya untuk murid Tahun 6.

Perasmian kedai KKK ini telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu bersama GURU BESAR dan Pengerusi PIBG SKSSAS pada 2 & 3 Mac 2018 semasa Mesyuarat Agung PIBG yang ke-44.

Kedai KKK ini juga ada menjual beberapa produk makanan sejuk beku (frozen food), kerepek dan pelbagai makanan lain. Selain mengajar murid tentang pertukaran duit, kedai KKK juga berharap  supaya pembeli mendapatkan produk yang dijual sambil menderma kepada murid PPKI bagi menampung keperluan dan keselesaan pembelajaran mereka.



GURU BESAR MERASMIKAN "KKK" DI KELAS PPKI
YDP PIBG MERASMIKAN "KKK" SEMASA MESYUARAT PIBG KE-45
GURU BESAR BERSAMA PENGUSAHA PRODUK MASING- MASING


IBU BAPA PPKI SEDANG MENYUSUN PRODUK "FROZEN FOOD"
ANTARA PRODUK YANG DIJUAL DI "KKK"


PRODUK FROZEN FOOD

CIKGU RAHMAN BERSAMA IBU BAPA PPKI SEDANG BERNIAGA SEMASA MESYUARAT PIBG
HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA  

Jom cuba produk yang dijual oleh kami "MEMBELI SAMBIL MENDERMA". Cuba sekali pasti nak lagi! :)

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN

DSKP KSSR PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)