Pada 10 Ogos 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah yang diterajui oleh Encik Zulhanif, guru terapi PPKI SKSSAS telah mengadakan terapi wayang (The Minions). Terapi ini disertai oleh 35 orang murid dan yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM5. Murid-murid ini diiring oleh 12 orang guru pendidikan khas, 2 orang guru praktikum dan 2 orang PPM. Terapi wayang ini dilakukan di MBO, The Starling Mall, Petaling Jaya.
Terapi wayang ini dapat meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial kerana bukan sahaja murid datang untuk menonton wayang tetapi murid diajar cara membeli tiket wayang dan makanan ringan di kaunter. Selain itu, pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku juga diterapkan dimana murid-murid perlu belajar menguruskan diri ke tandas. Di samping murid juga perlu mengawal disiplin diri sepanjang program berjalan.
Berikut antara momen-momen menarik yang berjaya dirakam lensa kami;
|
Ambil gambar dahulu sebelum menonton wayang. |
|
Membeli snek sebelum menonton wayang. |
|
Snek berjaya dibeli. Yeay! |
|
Murid-murid beratur bergerak masuk ke 'bilik kecil MBO' |
|
Murid-murid diberi kebebasan untuk memilih sendiri tempat duduk. |
|
Santai menunggu. |
|
Tengah khusyuk menonton |
Comments
Post a Comment