Pada 6-17 November 2017, aktiviti selepas peperiksaan telah dijalankan untuk mengisi masa murid dengan pengisian-pengisian yang dapat meningkatkan potensi diri murid seperti permainan dalaman (Carom, dam ular, congkak, dan galah panjang), mencanting batik, membuat layang-layang, membuat popiah dan mencari harta karun. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memberi pengalaman menyeronokkan kepada murid pendidikan khas. Selain itu, murid dapat bersaing mengikut tahap masing-masing kerana murid ini bertanding sehabis baik untuk memberi markah kepada kumpulan masing-masing. Nilai kerjasama antara murid dapat dilihat sepanjang program ini kerana ahli kumpulan akan memberi sokongan padu kepada ahli kumpulan mereka. Berikut antara momen-momen yang sempat dirakam lensa kami; Permainan Dam Ular Permainan Congkak Permainan karom Permainan galah panjang Antara hasil kerja murid Ke Ying sedang menggulun...
Alhamdulillah, perkhemahan pengakap PPKI SKSAS peringkat sekolah telah selamat dilaksanakan dengan jaya yang telah diadakan di Pusat Koko Kem Seri Gambut, Tanjung Karang. Perkhemahan pengakap ini telah dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 2 Oktober 2018 sehingga 4 Oktober 2018. Jom kita tengok aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. 2 Oktober 2018 (Selasa) Bas telah bertolak dari sekolah pada pukul 10 pagi dan mereka sempat menyinggah di Padi Box Homestay di Sekincan untuk merakamkan pemandangan sawah padi yang sedang menghijau. Seterusnya mereka bergerak ke Pusat KOKO Seri Gambut untuk memulakan aktiviti perkhemahan. Setiap murid diberikan kumpulan masing- masing. Terdapat 4 kumpulan dan murid perlu berada daam kumpulan masing- masing sepanjang berada di sana. Mereka juga diajar tentang kebersihan selepas makan. Setiap kali selesai waktu makan, mereka perlu membasuh dan mengelap semula pinggan dan cawan masi...
Comments
Post a Comment