Posts

Showing posts from August, 2015

PERTANDINGAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA

Image
PENDAHULUAN             Program Pendidikan Khas Integrasi SK Satu Sultan Alam Shah telah terlibat dengan kejohanan olahraga dan balapan peringkat PPD Petaling Utama pada 6hb April 2015. Kejohanan ini telah diadakan di stadium Matsushita Panasonic Seksyen 21, Shah Alam. Seramai 14 orang pelajar, 8 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid telah terlibat dengan kejohanan tersebut. Kejohanan ini melibatkan penyertaan dari semua sekolah pendidikan khas daerah Petaling Utama. TUJUAN             Kejohana ini diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat olahragawan dan olahragawati pendidikan khas daerah Petaling utama. Selain itu acara ini juga merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan setiap tahun di dalam daerah. Kejohanan ini juga dapat memupuk semangat kesukanan di antara murid dengan murid yang lain. Selain itu, acara ini juga dapat memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas merasai pengalaman bersukan sebagaimana murid-murid di aliran perdana.             Aktivi

TERAPI TRAMPOLINE PENDIDIKAN KHAS

Image
Pada 20/8/2015 hari Rabu yang lalu, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan aktiviti terapi trampoline untuk 25 orang murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran bertempat di "JUMP STREET" Seksyen 13 Petaling Jaya. Terdapat beberapa aktiviti terapi yang telah dijalankan oleh pihak sekolah selama ini antaranya terapi renang, terapi boling dan terapi pasir. Namun, terapi trampoline ini adalah suatu julung kali diadakan sejak penubuhannya. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada ibu bapa, pentadbir, dan pengurusan JUMP STREET di atas sokongan dan sumbangan yang diberikan. Terdapat pelbagai kelebihan di dalam terapi ini seperti, meningkatkan daya imbangan, menguatkan otot dan psikomotor kasar dan membina hubungan yang lebih baik di antara peserta. Kelemahan yang boleh diatasi dalam terapi ini adalah menambahkan lagi penglibatan peserta, penyediaan kemudahan pengangkutan tunggal, dan menambahkan lagi aktiviti yang menarik. Sesi pemanas badan Lompatan

LAWATAN PENDIDIKAN KHAS KE TAMAN BURUNG DAN PLANETARIUM NEGARA, KL

Image
Pada 25.2.2015 (rabu) yang lalu, PPKI SK Satu Satu Sultan Alam Shah, PJ telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Taman Burung, Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai oleh 25 orang murid dan 10 orang guru dan PPM. Pada sebelah pagi, peserta bergerak dari sekolah ke Taman Burung. Semua peserta makan tengah hari di Kafe Memorial Tun Abdul Razak. Selepas itu, peserta terus bergerak ke Planetarium yang tidak jauh dari kafe tersebut. Lawatan ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan di antara guru dan murid dalam pembelajaran di luar kelas di samping merehatkan minda daripada pembelajaran secara formal. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutamanya INTAN Kampus PJ kerana sudi menyumbangkan pengangkutan bas kepada anak-anak istimewa ini. bergambar bersama di lobi taman burung peserta berpeluang beri murung-burung makan makan tengah hari di Memorial Tun Abd Razak Menunggu tayangan 3D dalam kubah Planetarium Melihat proses membesarkan

Biodata Sekolah

Nama Sekolah                      : SK Satu Sultan Alam Shah Kod Sekolah                           : BBB8312 Daerah                                  : Petaling Utama Status                                    : Sekolah Kerajaan Bil. Guru PPKI                     : 11  orang guru dan seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas Bil.Staf Sokongan (PPM )   :  2  orang Bil. Enrolmen Murid PPKI : 55  orang Murid Yang Di Inklusif       : 7 Orang Bilik Darjah sedia ada         : 5 Kelas Sesi                                          : 1 sesi (pagi) Kawasan                                  : Bandar

JARAK KE SEKOLAH KE PPDPU DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Jarak SK Satu Sultan Alam Shah ke Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama adalah lebih kurang 9.8km. Manakala jarak SK Satu Sultan Alam Shah ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor adalah lebih kurang 19km.

SEJARAH SEKOLAH KELAS PENDIDIKAN KHAS ( SK SATU SULTAN ALAM SHAH )

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGERASI        Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (Masalah Pembelajaran) Sekolah Kebangsaan Satu Sultan Alam Shah telah berjaya diwujudkan pada bulan Januari 1996 di bawah pengurusan Pn. Poh Heng yang menjadi penyelaras Pendidikan Khas pada masa itu. Pada tahun 2004 En Abd Rahman bin Ramly telah menjadi penyelaras dan pada tahun 2008 beliau menjadi Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Satu Sultan Alam Shah. Program PPKI ini memberi fokus mendidik kanak-kanak istimewa yang tidak mencapai tahap pertumbuhan yang sempurna seperti kanak-kanak biasa. Kadar pertumbuhan fizikal yang perlahan dan perkembangan mental  yang tidak selari dengan murid normal yang lain yang tidak membenarkan mereka mengikuti    pembelajaran di aliran perdana seperti murid-murid yang lain. Pada peringkat permulaan penubuhan PPKI ini, hanya seorang murid yang didaftarkan       sehinggalah ia bertambah dari tahun ke tahun, seterusnya berkembang  maju sehingga ke