LAWATAN SEKOLAH PENANDA ARAS KE KOTA KINABALU, SABAH
Pada 15-17 September 2015 bersamaan hari Selasa hingga Khamis yang lalu, Kelas Pend. Khas SK Satu Sultan Alam Shah telah berjaya mengadakan lawatan 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu Sabah. Lawatan ini telah melibatkan seramai 30 orang peserta iaitu 14 murid dan 16 guru termasuk beberapa wakil ibu bapa. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk : -merasai pengalaman menaiki kapal terbang dan melalui perjalanan yang jauh. -melawat SK Luyang, Kota Kinabalu untuk berkongsi pengalaman pengurusan sekolah. -melawat tempat-tempat menarik di negeri lain. -menilai proses pembelajaran pengurusan diri bagi murid-murid berkeperluan khas. -mengeratkan silatur rahim di antara peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang lawatan tersebut adalah seperti berikut : Day1 -Desa Cattle Farm, Kundasang. -Hot Spring Poring, Ranau Day2 -Taman Hidupan Liar Lok Kawi -Rumah Terbalik/Muzium 3D, Tamparuli -Pasar Filipino Day3 -SK Luyang, Kota Kinabalu