Posts

Showing posts from April, 2017

Terapi Memanah 1

Image
Pada 7 April 2017, PPKI SK Satu Sultan Alam Shah telah mengadakan terapi memanah yang pertama pada tahun 2017 di padang sekolah SK Satu Sultan Alam Shah. Aktiviti memanah sangat baik untuk murid-murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana aktiviti ini dapat melatih murid untuk mengawal emosi dan fizikal mereka sambil meletakkan sasaran sambil memanah. Memanah juga sangat menitik beratkan keseimbangan tubuh badan. Jika pemanah tidak dapat mengawal emosinya, panahan akan mudah tersasar. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam ;)

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017

Image
Pada 29 & 30 Mac 2017, Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Utama 2017 telah diadakan di SMK Seksyen 14 Kota Damansara (29 Mac) untuk acara padang dan SMK USJ 23 (30 Mac) untuk acara balapan. Berikut merupakan senarai acara yang telah dimenangi; Pingat Emas: 75M (L) Autism 200M (L) 100M Lompat Jauh (L) 75M (P) Autism Pingat Perak: 4x100M (P) 4x100M (L) Pingat Gangsa: Lompat Jauh (L) Lontar Peluru (L) 200M (L) 75M Cerebral Palsy OLAHRAGAWAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH Mohd Fitri bin Adnan JUARA KESELURUHAN Berikut antara gambar gelagat murid-murid cilik kami ;) Aksi Juara kami, FITRI! Juara Keseluruhan! Yeay!

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT SEKOLAH

Image
Perkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Sekolah Perkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Sekolah telah diadakan pada 15-17 Mac 2017 di Pusat Kokurikulum, Bagan Lalang. Antara objektif perkhemahan ini dijalankan; Memberi pengalaman kepada murid pendidikan khas untuk merasai suasana sebenar perkhemahan. Meningkatkan keyakinan diri murid pendidikan khas melalui aktiviti yang disediakan sepanjang perkhemahan. Mempertingkatkan kemahiran motor kasar dan halus. Memupuk sikap berdikari kepada setiap murid pendidikan khas. Memberi peluang kepada murid pendidikan khas untuk menimba pengalaman di laut melalui aktiviti water confident, ikhtiar hidup dan tidur di dalam khemah. Antara aktivti yang dijalankan adalah; 15.03.2017 Ice breaking Pembahagian kumpulan Nama kumpulan dipilih dan ditulis di papan ganjaran Murid-murid memasang sendiri khemah dengan bimbingan guru yeay! khemah dah berjaya dipasang. Sesi tazkirah dan solat maghrib Aktiviti dal